
Setiausaha Publisiti DAP Sabah, Phoong Jin Zhe yang dipetik The Borneo Post berkata, Pua hanya tahu mengenai sekatan itu setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 12.45 tengah hari tadi.
Pua dilaporkan ditemani Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong yang mengesahkan Pua tidak pernah disekat memasuki Sabah sebelum ini.
The Borneo Post melaporkan Pua yang juga pengerusi DAP Selangor diiringi menaiki sebuah pesawat ke Kuala Lumpur pada jam 2 petang tadi.
Pada 2015, Pua dilarang ke luar negara. Beliau yang dijadualkan menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Yogyakarta pada 22 Julai 2015 dihalang meninggalkan Malaysia, walaupun pasportnya masih sah sehingga 23 April 2020.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching berkata, beliau mengiringi Pua ke Sabah, baru-baru ini, untuk beberapa siri program DAP.
“Tony Pua dan saya baru pergi ke Sabah pada Mac untuk satu siri program parti. Siapa boleh bayangkan dia dihalang memasuki (Sabah) hari ini?
“Mengapa, mengapa, mengapa? Adakah disebabkan beliau pergi ke sana untuk menghadiri forum 1MDB kali ini?” tulisnya di Facebook beliau.