
Perkara itu disahkan ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad, kepada FMT awal pagi ini.
“Mula-mula, memang kami semua tak nak (tangannya) dipotong. Tapi kami terpaksa ikut nasihat doktor kerana nyawa lebih penting,” katanya.
Semalam, Thaqif yang terlantar koma di Hospital Sultan Ismail menerima kunjungan Permaisuri Johor, Tuanku Raja Zarith Sofiah.
Malam tadi, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Datuk Noh Gadut turut melawat Thaqif.
Thaqif, 11, didaftar masuk ke sebuah pusat tahfiz swasta di Kota Tinggi pada 27 Januari lalu. Dia dilaporkan mengalami kesakitan pada bahagian kaki sejak 2 minggu lepas akibat dipukul pembantu warden.
Kedua-dua kakinya yang dijangkiti kuman serta darah beku kemudiannya terpaksa dipotong dan keadaan Thaqif semakin membimbangkan selepas doktor mengesan darah beku di lengan kirinya, semalam.
Susulan itu, seorang pembantu warden direman 4 hari sehingga hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Pengetua tahfiz: Tak jawab dakwaan demi hormat keluarga Thaqif