
“Malaysia sedang berusaha memenuhi sesetengah keperluan (yang ditetapkan Jabatan Negara AS) dan ia boleh dibincangkan di masa depan,” katanya dalam kenyataan sebagai respons kepada soalan Bernama mengenai status program itu yang dibincangkan selama 2 tahun.
Isu ini menjadi keprihatinan dalam kalangan rakyat Malaysia yang ingin melawat AS susulan larangan perjalanan oleh pentadbiran baharu di bawah Presiden Donald Trump, yang pihak tersebut khuatir larangan itu juga termasuk negara lain.
Dilaporkan, Malaysia sudah menyatakan hasrat untuk menyertai program pengecualian visa itu semasa perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden AS ketika itu, Barack Obama semasa kunjungan beliau ke Malaysia pada April 2014.
Menerusi program itu, rakyat Malaysia boleh memasuki dan menetap di AS tanpa visa bagi tempoh maksimum 90 hari untuk melakukan urusan pelancongan dan perniagaan.
Pada 27 Januari lalu, Malaysia menyuarakan keyakinan pentadbiran AS di bawah Trump akan meneruskan program pengecualian visa bagi Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia memenuhi semua keperluan kecuali 1 syarat iaitu mengekalkan permohonan visa di bawah 3%.
Kini, kadar penolakan ialah 3.7% dan Malaysia yakin dapat memenuhi syarat 3% menjelang September 2018, katanya.