Lagi 20 rakyat China ditipu ejen ke Johor Bahru

Lagi 20 rakyat China ditipu ejen ke Johor Bahru

Kumpulan 20 pekerja binaan dari China itu mengambil keputusan berhenti kerja, selepas 8 hari berada di Johor Bahru dan mendapati janji diberikan ejen tidak sama dengan realiti.

pekerja-binaan-china
PETALING JAYA: Satu lagi kumpulan pekerja binaan dari China ditipu ejen ke Johor Bahru untuk bekerja dengan pemaju terkenal negara itu yang membangunkan projek di Malaysia.

Bagaimanapun, China Press melaporkan mereka memutuskan untuk berhenti kerja selepas mendapati janji yang diberikan ejen itu tidak sama dengan realiti.

Seorang daripada mangsa dari Sichuan berkata, beliau yang merupakan pekerja binaan di China, membayar lebih 10,000 yuan (RM6,350) kepada ejen itu untuk bekerja di Malaysia.

Bagaimanapun, selepas 8 hari bekerja di Johor Bahru, beliau mengambil keputusan untuk pulang ke tanah airnya kerana mendapati keadaan asrama di tapak binaan itu yang teruk dan janji diberikan tidak dipenuhi.

Difahamkan, mangsa itu bersama kira-kira 20 warga China lagi pulang ke tanah air malam tadi.

Dalam pada itu, baki 11 daripada 18 petani China yang ditipu ejen palsu untuk bekerja di Johor, menaiki pesawat dari Johor untuk pulang ke tanah air jam 11 malam tadi.

China Press melaporkan kumpulan petani dari Jilin, timur laut China itu turut diberikan amaran tidak boleh bekerja di Malaysia tanpa dokumen sah oleh pegawai imigresen yang mengambil keterangan mereka.

Sebelum pulang, kumpulan 11 petani itu mengucapkan terima kasih kepada Adun Senai, Wong Shu Qi yang menghulurkan bantuan kepada mereka ketika terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

18 petani China terpedaya gaji RM5,745 jadi pekerja di Johor

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.