Salleh: Hitler patriot juga, tengok apa jadi

Salleh: Hitler patriot juga, tengok apa jadi

Menteri itu ketika mengecam pengkritik PM berkata masyarakat tidak boleh ada interpretasi sendiri mengenai patriotisme.

salleh-keruak_hitler_600
PETALING JAYA:
Menyelar mereka yang mengkritik ekonomi atas nama patriotisme, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak hari ini memberi perbandingan antara mereka dengan ketua Nazi, Adolf Hitler.

“Ada yang dakwa mereka kritik perdana menteri dan menjatuhkan negara kerana patriotisme.

“Kebanyakan ahli sejarah setuju yang Adolf Hitler juga patriot dan Nazi ialah produk patriotisme itu. Dan 100 juta orang mati kerana ini,” katanya dalam blognya hari ini.

Begitu juga, peperangan di Serbia dan Bosnia dianggap sebagai tindakan patriotisme, sama juga Perang Vietnam dan “padang pembunuhan” Cambodia, katanya.

“Tapi saya pasti jutaan orang yang mati itu tidak berfikir begitu,” katanya.

Pada 22 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengecam mereka yang menyebarkan apa yang dikatakannya sebagai “berita palsu” berkaitan keadaan dalam negara.

Beliau berkata “propaganda palsu” yang Malaysia di ambang bankrap hampir menyebabkan negara kehilangan pelaburan RM31 juta daripada Saudi Aramco bagi projek Kompleks Bersepadu Pengerang Petronas di Johor.

Katanya, tindakan seperti tidak itu lebih daripada sabotaj ekonomi atau pentingkan diri sendiri, manfaat politik peribadi yang boleh menjejaskan semua rakyat Malaysia.

Hari ini, Salleh dengan nama sama, berkata sebarang tindakan patriotisme sepatutnya bermula dengan semangat Negaraku dan Rukun Negara.

“Anda tidak boleh bertentangan dengan semua ini dan ada versi serta tafsiran patriotisme sendiri.

“Patriotisme bukan hanya bercakap tetapi dengan perbuatan. Dan mensabotaj ekonomi Malaysia dengan menakutkan pelabur asing bukan tindakan patriotisme tetapi pengkhianatan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.