Pindaan Akta Keganasan Rumah Tangga ke Parlimen esok

Pindaan Akta Keganasan Rumah Tangga ke Parlimen esok

Pindaan bertujuan memberi keadilan menyeluruh kepada anggota keluarga yang mengalami penderaan bukan hanya secara fizikal, tetapi emosi dan psikososial.

Rohani Abdul Karim
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan membentangkan pindaan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Pindaan 2012) untuk bacaan kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat, esok.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pindaan akta itu bertujuan memberi keadilan menyeluruh kepada anggota keluarga yang mengalami penderaan bukan hanya secara fizikal, tetapi emosi dan psikososial.

“Contohnya, isu seperti mencuri kad pencen, isu melibatkan harta dan juga melafazkan cerai melalui aplikasi WhatsApp,” katanya.

Rohani berkata keganasan rumah tangga pada masa ini bukan sahaja melibatkan isteri yang dikasari, malah ia boleh berlaku kepada suami, ibu dan bapa mertua serta ipar.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.