Peguam sokong tafsiran status perundangan Islam bekas hakim negara

Peguam sokong tafsiran status perundangan Islam bekas hakim negara

Mohamed Haniff Khatri Abdulla bagaimanapun berkata, orang bukan Islam tidak boleh dipaksa menerima pakai nilai Islam kerana ia bertentangan dengan perundangan Islam.

hanif--Ahmad-Fairuz-Abdul-Halim
PETALING JAYA: Seorang peguam kanan bersetuju dengan tafsiran Perlembagaan Persekutuan dilakukan ketua ketua hakim negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim berkaitan status perundangan Islam.

Bercakap kepada FMT, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, beliau bersetuju dengan undang-undang Islam, seperti English Comman Law yang membentuk sebahagian Perlembagaan.

Sehubungan itu, katanya, Fairuz “tidak salah” dengan menafsirkan undang-undang yang bertentangan dengan undang-undang Islam terbatal dan tidak sah.

Beliau merujuk Seksyen 3 dan Seksyen 5 Akta Undang-Undang Sivil 1956 yang bermakna prinsip English Comman Law selepas 1956 tidak lagi boleh digunakan, oleh itu menekankan penggabungan prinsip Islam ke dalam undang-undang lazim di Malaysia, yang akan berkembang mengikut perubahan kehendak masyarakat.

Haniff yang merupakan peguam bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, orang bukan Islam tidak boleh dipaksa menerima pakai nilai Islam kerana ia bertentangan dengan perundangan Islam.

Oleh itu, katanya, sesetengah ajaran Islam seperti larangan meminum alkohol tidak boleh dilaksanakan ke atas orang bukan Islam.

Sabtu lalu, Fairuz mentafsir Perlembagaan Persekutuan dengan cara yang menjadikan undang-undang Islam sebagai undang-undang kedua tertinggi di Malaysia.

Katanya, sama seperti undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan menjadi tidak sah, undang-undang bertentangan sumber utama undang-undang Islam – Al-Quran dan Sunnah – juga tidak sah.

Dalam pada itu, Haniff turut mengulas kenyataan bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Gopal Sri Ram, semalam.

Sri Ram memberitahu FMT, dalam kes Che Omar menentang Che Soh pada 1988, hakim Mahkamah Agung memutuskan undang-undang yang tidak selaras kitab Islam adalah sah disebabkan sifat sekular Perlembagaan Malaysia.

“Kes itu sebenarnya tidak pernah mengisytiharkan Perlembagaan Persekutuan sebagai perlembagaan sekular.

“Kes itu yang berkaitan Akta Senjata Api dan Akta Dadah Berbahaya, hanya menyatakan tindakan Parlimen itu ialah undang-undang sekular,” kata Haniff.

 

Bekas ketua hakim: Undang-undang bercanggah al-Quran, Sunnah tak sah

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.