Najib jumpa 2 mangsa culik Abu Sayyaf

Najib jumpa 2 mangsa culik Abu Sayyaf

Dua lelaki itu menceritakan mereka dilayan seperti hamba abdi oleh penculik yang juga anggota kumpulan Abu Sayyaf.

najib
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini bertemu dan mendengar sendiri cerita 2 daripada 5 rakyat Malaysia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf di Filipina, pada Julai tahun lepas.

Kedua-dua mangsa culik berkenaan Tayudin Anjut, 46, dan Abdul Rahim Summas, 63, tiba di kediaman perdana menteri pada 8 pagi untuk dipertemukan dengan keluarga masing-masing yang sedia menunggu.

Pada pertemuan kira-kira 20 minit di kediaman perdana menteri di Jalan Taman Duta di sini, kedua-dua lelaki itu yang kini tidak mampu berjalan dan mempunyai masalah penglihatan, menceritakan bagaimana mereka dilayan seperti hamba abdi oleh penculik yang juga anggota kumpulan militan.

Kesyukuran dizahirkan kedua-dua mangsa culik dan suasana penuh emosi jelas dirasai dalam pertemuan yang turut disertai isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Tayudin dan Rahim merupakan kru kapal tunda Serudong 3 yang diculik pengganas Abu Sayyaf di perairan Dent Haven, Lahad Datu, pada 18 Julai 2016.

Mereka yang diselamatkan pasukan keselamatan Filipina di selatan republik itu pada Khamis lepas, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang, malam tadi.

Sehingga kini, 3 lagi warga Malaysia masih ditahan pengganas Abu Sayyaf, iaitu Fandy Bakran, 27, Mohd Jumadil Rahim, 24, dan Mohd Ridzuan Ismail, 33, yang juga kru kapal tunda Serudong 3.

2 rakyat Malaysia diculik Abu Sayyaf tiba di KLIA malam ini

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.