
Ketua penerangan Umno itu berkata nilai hadiah itu dinaikkan susulan beliau menerima sumbangan daripada individu tertentu untuk menambah lagi ganjaran untuk pemenang pertandingan yang diumumkan semalam.
“Hadiah untuk pihak yang mengemukakan bahan, fakta atau penulisan berkaitan pegangan politik Lim Kit Siang dinaikkan kepada RM50,000 (hasil sumbangan hamba Allah),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Annuar berkata tajuk artikel juga diubah dengan memasukkan nama Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini pengkritik tegar kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Topik artikel pertandingan itu ialah: “Beberapa orang, terutamanya Tun Dr Mahathir sering berkata Lim Kit Siang seorang Rasis, anti Islam, anti Melayu dan Diktator…Apakah benar?”.
Annuar juga menambah 4 kategori untuk pertandingan itu iaitu tulisan di blog, artikel di media, video pendek dan infografik.
“Sila hantar pada Jabatan Ketua Penerangan Umno, PWTC, Kuala Lumpur. Hadiah berjumlah RM50,000 menanti anda,” katanya.
Bagaimanapun, katanya bahan yang dihantar haruslah tidak menyalahi undang-undang.
Terdahulu hari ini, 9 ahli DAP termasuk pemimpin utama membuat laporan polis berhubung pertandingan menulis esei itu.
Adun Damansara Utama Yeo Bee Yin, Ahli Eksekutif Dapsy Dyana Sofya dan Adun Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran antara ahli DAP yang membuat laporan polis di balai polis Damansara hari ini.
Annuar buat pertandingan esei macam budak-budak, kata Nurul Izzah