
Titah baginda itu disampaikan kepada Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim semalam.
“Saya terharu dengan respons rakyat saya. Tolong jangan terpedaya dengan individu yang mendakwa boleh mendapatkan rumah itu.
“Proses yang ketat akan dilaksanakan bagi memastikan hanya mereka yang layak diberikan pertimbangan,” menurut Sultan Ibrahim.
Setakat 7 malam tadi, 195,000 permohonan diterima bagi Rumah Impian Bangsa
Johor.
Projek berkenaan, yang dilancarkan petang tadi, merupakan hasil cetusan idea Sultan Johor, yang turut memberi peluang kepada rakyat negeri ini memiliki rumah dengan harga serendah RM80,000.
Kepada mereka yang berminat boleh membuat pendaftaran dalam talian menerusi http://www.yayasansultanibrahim.org.my.