
Ini kerana, kata timbalan presiden PKR itu, PKR tidak campur tangan urusan dalaman PAS.
“Itu kita serahkan kepada parti berkenaan. Bila kita ambil pendirian untuk bekerjasama dengan PAS, bukan kerana individu tertentu.
“Tetapi, ini adalah kerana dasar parti PKR dan PAS. Ia tidak bergantung kepada mana-mana individu,” katanya pada Majlis Pelancaran Rumah Mampu Milik Pangsapuri Harmoni di Putra Heights hari ini.
Sabtu lalu, Nik Abduh yang merupakan ahli Parlimen Pasir Mas tewas dalam perebutan jawatan timbalan yang dipertua PAS Kawasan Pengkalan Chepa.
Beliau yang juga ketua Pemuda PAS Pusat dan kawasan itu hanya memperoleh 37 undi berbanding 209 undi yang diraih pencabarnya, Dr Izani Husin yang merupakan penyandang kerusi itu.