Nazri: Pawagam Terengganu pupuk ikatan kekeluargaan

Nazri: Pawagam Terengganu pupuk ikatan kekeluargaan

Menteri pelancongan dan kebudayaan berkata ia juga baik untuk ekonomi negeri.

nazri-cinema
KUALA LUMPUR:
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz memuji langkah pembukaan panggung wayang di Kuala Lumpur, selepas hampir 2 dekad.

Beliau berkata ini masa paling sesuai untuk kerajaan negeri itu membenarkan panggung wayang beroperasi.

“Ia lebih untuk keluarga. Ia sebahagian daripada ikatan kekeluargaan,” kata ahli Parlimen Padang Rengas itu ketika diminta mengulas mengenai pembukaan pawagam Lotus Five Star Cinemas.

Nazri yang baru-baru ini mengkritik pihak berkuasa kerana memotong “momen gay” dalam filem Beauty and the Beast terbitan Walt Disney, berkata pembukaan panggung wayang itu bagus untuk ekonomi negara.

Beliau bercakap kepada wartawan di Dewan Rakyat hari ini selepas pelancaran Persatuan Gabungan Pemandu Ahli Parlimen, yang ditubuhkan untuk menjaga kebajikan pemandu.

LFS PB Sentral, dikendalikan oleh Lotus Five Star (LFS) Cinemas, menjadi panggung wayang pertama di Terengganu lengkap dengan teknologi bunyi Dolby Atmos dan akan mempunyai 11 dewan dengan kapasiti tempat duduk 1,631.

Pawagam itu terletak di Paya Bunga Sentral, sebahagian pembangunan kompleks komersial Paya Bunga yang turut menempatkan Dataran Paya Bunga dan Paya Bunga Plaza.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.