‘Siasatan pensyarah dituduh rasis selesai, biar UM putus tindakan’

‘Siasatan pensyarah dituduh rasis selesai, biar UM putus tindakan’

Ketua Pegawai Eksekutif MPN berkata, laporan hasil siasatan diserahkan kepada Naib Cancelor UM, Tan Sri Prof Dr Mohd Amin Jalaludin minggu lalu.

raduan-che-ros_um_600
PETALING JAYA:
Majlis Profesor Negara (MPN) sudah selesai menyiasat kes seorang pensyarah Universiti Malaya (UM) didakwa bersikap perkauman terhadap 2 pelajar berbangsa India, bulan lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif MPN, Prof Datuk Dr Raduan Che Rose berkata, hasil siasatan itu diserahkan kepada Naib Canselor UM, Tan Sri Prof Dr Mohd Amin Jalaludin minggu lalu.

“Saya sudah serahkan laporan kepada UM. Siasatan sudah kira habis dan MPN hanya dilantik sebagai jawatankuasa penasihat. Saya sudah serahkan kepada Naib Cancelor UM,” katanya kepada FMT hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan mengumumkan penubuhan panel 5 anggota bagi menyiasat pensyarah dituduh menghina 2 pelajar berbangsa India.

Dr Raduan berkata, MPN mencadangkan beberapa langkah dan tindakan diambil UM dan terpulang kepada naib canselornya untuk menentukan tindakan lanjut.

“Kita sudah berikan cadangan-cadangan kita. Sama ada naib canselor hendak ikut atau tidak, itu terserah kepada dia,” katanya yang enggan mendedahkan cadangan MPN.

Bulan lalu, salah seorang pelajar itu, Lalitha Sudeshna menerusi Facebooknya mendakwa seorang pensyarah di Fakulti Pendidikan UM bersikap rasis dengan melarang beliau dan rakannya duduk bersebelahan atas alasan orang India meniru tugasan masing-masing.

“Ketika kami mengambil tempat, beliau tiba-tiba berkata, ‘India, saya tak suka India duduk bersama-sama. Jangan bawa budaya Unitar ke sini. India duduk sama-sama lepas itu akan tiru assignment dan plagiarise. Saya kenal India’.

“Kemudian beliau berkata kepada saya, ‘You, baju merah, duduk depan sekarang’.

“Kemudiannya berkata kepada rakan saya, ‘You duduk sana’,” katanya menceritakan pengalaman bersama rakannya.

Lalitha mendakwa ia bukan kejadian pertama dengan pensyarah berkenaan kerana mereka pernah menerima kata-kata menyakitkan ketika sesi orientasi pelajar.

Catatan Facebook itu kemudiannya menjadi tular.

DAP gesa UM gantung ‘profesor’ hina 2 pelajar India

Insiden ‘saya kenal India’: Universiti patut malu, kata PKR

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.