Polis tahan doktor gigi didakwa cabul 5 pelajar

Polis tahan doktor gigi didakwa cabul 5 pelajar

Difahamkan, suspek ditangkap pada jam 2.30 petang tadi di Lapangan Terbang Tawau.

dentist-polis
TAWAU: Polis hari ini menahan seorang doktor gigi di klinik gigi sebuah sekolah di sini selepas dikatakan mencabul sekurang-kurangnya 5 pelajar yang mendapatkan rawatan di klinik itu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus ketika mengesahkan penahanan itu berkata, suspek ditangkap susulan laporan polis yang dibuat 5 keluarga mangsa.

Polis sedang menjalankan siasatan mengenai perkara ini, katanya ketika dihubungi.

Bernama difahamkan suspek ditangkap pada jam 2.30 petang tadi di Lapangan Terbang Tawau.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.