‘Rosmah ada ijazah sarjana, layak terajui Permata’

‘Rosmah ada ijazah sarjana, layak terajui Permata’

Rizal Mansor menuduh Adun DAP 'kolot' dan 'tidak cerdik' kerana mempersoalkan kelayakan isteri perdana menteri.

rizal-rosmah-permata
PETALING JAYA: Pegawai khas perdana menteri tampil mempertahankan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, selepas DAP mempersoalkan kelayakan beliau menaungi Program Permata Negara (Permata).

Datuk Rizal Mansor berkata Rosmah layak menerajui program pendidikan awal itu, dan berkata desakan Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin supaya isteri perdana menteri meletak jawatan sebagai penaung Permata adalah “dangkal”.

“Untuk pengetahuan YB yang boleh dianggap malas untuk membuat ‘research’ sebelum bercakap, Rosmah adalah lulusan Sarjana Muda Pengajian Sosiologi dan Antropologi dan juga pemegang Sarjana Bidang Sosiologi.

“Pastinya kepakaran beliau dalam bidang sosiologi itu sudah menggambarkan kemampuan Rosmah untuk membawa Permata ke arah kecemerlangan,” kata Rizal.

Yeo semalam berkata kewangan Permata yang menggunakan dana awam perlu lebih telus.

Ia selepas Rosmah menyeru orang ramai tidak meragui program Permata dan sumber kewangannya.

“Ia tidak ada kaitan politik. Kita tidak pernah tanya bapa anda parti apa? Parti ini boleh masuk, parti itu tidak boleh masuk. Tidak,” kata Rosmah.

Yeo pada Oktober tahun lalu melawat sendiri sebuah tadika kelolaan Permata atas jemputan Rizal.

Rizal menyifatkan Yeo seorang yang “kolot” dan “tidak cerdik”.

“Kita sudah bawa YB melawat pusat Permata Negara. Kita sudah bagi penerangan panjang lebar. Tapi mungkin YB jenis susah nak faham atau saja-saja buat tak faham,” katanya.

DAP minta Rosmah serahkan Permata pada pakar

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.