Adik-beradik akhirnya jalani hukum gantung di Penjara Kajang

Adik-beradik akhirnya jalani hukum gantung di Penjara Kajang

Ia di sebalik gesaan di saat-saat terakhir supaya hukuman ditangguhkan sehingga proses merayu pengampunan selesai.

hukum-gantung
PETALING JAYA: Dua adik-beradik yang sebelum ini ditangguhkan hukuman mati ke atas mereka pada saat akhir, akhirnya menjalani hukuman itu awal pagi tadi di Penjara Kajang.

Rames Batumalai, 45 dan adiknya Suthar Batumalai, 40, dihukum gantung pada 6.40 pagi tadi, menurut Amnesty International Malaysia.

Dalam reaksi di Twitter, Shamini Darshni‏, pengarah eksekutif Amnesty Malaysia, melahirkan kekesalan dengan keputusan itu.

“Rames & Suthar Batumalai dihukum bunuh … atas jenayah yang mereka dakwa tidak lakukan. RIP.”

Sebelum itu, Shamini dan aktivis lain berhimpun di luar Penjara Kajang mengharapkan pihak berkuasa membatalkan hukuman itu, selepas anggota keluarga dimaklumkan untuk menziarahi kedua-dua banduan itu buat kali terakhir.

Rames dan Suthar memfailkan permohonan untuk pengampunan diraja, dan pada 24 Feb, hukuman mati ke atas mereka ditangguhkan di saat terakhir.

Mereka dijatuhi hukuman mati pada April 2010 selepas didapati bersalah dalam sebuah kes pembunuhan di Port Dickson 12 tahun lalu.

Ketika pembicaraan, mereka mendakwa cuba menghalang 2 yang lain daripada menyerang mangsa, bagaimanapun keterangan itu tidak diambil kira Mahkamah Tinggi.

Takut dilihat lemah, ahli politik tiada ‘azam’ mansuhkan hukuman mati

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.