Muhammad Ali terima penghargaan khas Malaysia

Muhammad Ali terima penghargaan khas Malaysia

Pemergian Muhammad Ali ketika sambutan bulan Ramadan tahun lalu telah meninggalkan satu legasi dan inspirasi besar kepada masyarakat di seluruh dunia.

rasheeda-ali
PUTRAJAYA:
Rasheeda Ali, anak kepada legenda peninju dunia Muhammad Ali menerima sijil penghargaan khas dari kerajaan Malaysia sempena program ‘Reviving The Islamic Spirit’ anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Sijil penghargaan tersebut bagi mengiktiraf jasa dan sumbangan arwah ayahnya itu, telah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, malam tadi.

Dipetik Bernama, Jamil Khir dalam ucapannya berkata, pemergian Muhammad Ali ketika sambutan bulan Ramadan tahun lalu telah meninggalkan satu legasi dan inspirasi besar kepada masyarakat di seluruh dunia.

“Saya masih ingat lagi ketika beliau bertarung dengan Joe Bugner pada 1975 di Malaysia, ketika itu semua mata terpaku melihat aksi hebat mereka.

“Tetapi kini selepas analisis dilakukan barulah orang ramai mengetahui bahawa kehebatannya ialah disebabkan prinsipnya yang berpegang teguh kepada nilai-nilai mulia termasuk kenyataannya bahawa semua kehebatannya adalah kurniaan Allah,” kata Jamil Khir.

Dalam pada itu, Jamil Khir turut merakamkan penghargaan terhadap penganjur program tersebut buat pertama kali di negara ini.

Program tersebut tidak pernah diadakan di luar Kanada dan Amerika Utara sejak 15 tahun lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.