
Othman Mirzan memberitahu AFP, ilham supaya Malaysia menghantar wakil ke sukan yang biasanya disertai negara yang mempunyai salji, pada mulanya diluahkan secara tidak serius.
“Pada mulanya saya cuma bergurau. Saya dan adik-beradik ski bersama dan kami melawak apabila mengatakan kami pasukan ski Malaysia pertama,” katanya.
“Banyak panggilan perlu dibuat untuk menyakinkan pihak berwajib. Saya berusia 17 tahun ketika itu dan mana ada orang pandang serius seorang 17 tahun yang mahu mulakan sebuah persatuan kebangsaan, tetapi Majlis Olimpik Malaysia sangat bersemangat.”
Othman, 22, berkata datuknya Dr Mahathir penyokong kuat pasukan negara walaupun beliau tidak menonton perlumbaan mereka secara langsung.
“Dia tak suka cuaca sejuk,” kata Othman kepada AFP.
“Tetapi azimat beliau ialah ‘Malaysia boleh’ – menyertai bidang baharu serupa mencabar kemampuan diri dan itu pendiriannya.”
Selepas menubuhkan sebuah persekutuan ski kebangsaan, Othman berpindah ke Amerika Syarikat, melanjurkan pengajian ke Universiti Colorado tetapi masih satu-satunya ahli pasukan negara.
Apa yang beliau tidak tahu, bekas jurulatih sukan luncur AS Lindsay Vonn memberikan idea sama kepada seorang lagi pemuda kelahiran Malaysia, Jeffrey Webb, yang lahir di Kuala Lumpur tetapi berpindah ke AS ketika berusia 5 tahun.
Webb, yang baru berusia 18 tahun, masih di sekolah tinggi dan menyertai sukan luncur, tidak menganggap cadangan itu sebagai serius sehinggalah bapanya terbaca di majalah sukan mengenai persatuan ski yang ditubuhkan Othman.
“Kami pulang ke Malaysia selama 3 bulan setiap tahun dan di sana kami hubungi menteri sukan,” kata bapa Webb, Steve.
“Mulanya kami rasa ia mungkin mengambil masa 2 tahun tetapi beliau hubungi kami tidak lama kemudian mengajak kami berbincang mengenaninya.”
Othman dan Webb bertemu di Minnesota tidak lama kemudian dan mereka mula merancang meletakkan nama Malaysia dalam sukan ski.
Othman memulakannya dengan menyertai kejohanan dunia di St Moritz, Switzerland. Mereka terpilih untuk menyertai Sukan Musim Sejuk Asia, di mana Webb berada di tangga ke-15 dan Othman tangga ke-24 dalam acara luma berliku lelaki.
Hari ini, mereka menyasarkan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, Korea Selatan pada 2018 dan Beijing, China pada 2022.
“Kami suka menyaksikan sebuah negara kecil seperti Malaysia bersaing dengan negara besar dan ini suatu pengalaman yang hebat,” kata Webb.
“Suatu hari nanti saya mahu sertai Olimpik. Saya mahu bertanding bersama atlet lain dan menghasilkan kejayaan untuk Malaysia.”