Rasuah: Reman bekas yang dipertua majlis perbandaran disambung

Rasuah: Reman bekas yang dipertua majlis perbandaran disambung

Dua lagi kontraktor yang turut ditahan sebelum ini, bagaimanapun dibebaskan hari ini dengan jaminan SPRM.

ceo-dakwa-rasuah
SEREMBAN: Tempoh reman seorang bekas yang dipertua majlis perbandaran sebuah daerah di Negeri Sembilan disambung 4 hari sehingga Jumaat ini, bagi membantu siasatan kes rasuah.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman Emysuriana Muhammad Subry selepas dipohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau menetapkan tahanan reman suspek berusia 63 tahun itu yang berakhir hari ini, disambung mulai esok hingga 24 Februari ini.

Dua lagi kontraktor yang turut ditahan sebelum ini, bagaimanapun dibebaskan hari ini dengan jaminan SPRM.

Suspek yang bergelar Datuk itu ditahan SPRM pada 13 Februari lalu kerana dipercayai menyalahgunakan kuasa ketika memegang jawatan pegawai daerah dan yang dipertua majlis perbandaran di negeri ini, sejak September hingga Ogos 2016.

Dua kontraktor terbabit pula disyaki dianugerahkan beberapa projek membabitkan pejabat daerah dan majlis perbandaran berkenaan.

 

Rasuah: Bekas yang dipertua majlis perbandaran direman 7 hari

SPRM tahan bekas yang dipertua majlis perbandaran, 3 kontraktor

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.