Gambar: Jalan “lingkaran maut’ selepas ragut 8 nyawa

Gambar: Jalan “lingkaran maut’ selepas ragut 8 nyawa

Beberapa gambar lokasi kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru di mana 16 remaja dirempuh sebuah kereta, pada jam 3 pagi semalam.

kemalangan-6
JOHOR BAHRU:
Lokasi kemalangan maut geng basikal 8 remaja lelaki awal pagi semalam di Jalan Lingkaran Dalam di sini menjadi tumpuan pagi ini apabila ramai orang datang melawat tempat itu untuk melihat sendiri kesan tragedi berkenaan.

Pemandu wanita terbabit dilaporkan tidak mabuk atau bermain telefon, dia dikatakan tidak sempat mengawal kenderaan ketika melalui jalan itu apabila sekumpulan 40 remaja berbasikal menghalang laluan di situ.

kemalangan-1
Kemalangan berlaku di sebelah kawasan tanah perkuburan Islam Mahmoodiah, jalan menghala ke Dataran Bandaraya. Pemandu wanita yang merempuh mereka, datang dari belakang mangsa, dari arah Taman Pelangi menghala ke Skudai.
kemalangan-2
Serpihan kaca, dan cebisan peralatan dipercayai daripada basikal mangsa ditemui di tepi jalan di tempat kejadian.
kemalangan-3
Jalan besar itu jika dilalui dari arah Taman Pelangi menghala ke Skudai, pemandu akan melalui jalan sedikit berbukit, sebelum turun semula menghala ke Dataran Bandaraya.
kemalangan-4
Jalan Lingkaran Dalam di pusat bandar raya menjadi lokasi tumpuan perkumpulan remaja berbasikal melakukan aktiviti lumba haram hampir setiap malam minggu sejak 10 tahun lalu.
kemalangan-basikal-1

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.