Guan Eng: Mengapa BN bercakap bagi pihak ‘Geng 4’ DAP?

Guan Eng: Mengapa BN bercakap bagi pihak ‘Geng 4’ DAP?

Setiausaha agung DAP memberi amaran kepada pemimpin parti agar tidak memandang rendah 4 ahlinya yang keluar kerana mereka kini menjadi ancaman.

limguangeng-bn
GEORGE TOWN: Lim Guan Eng hari ini mempersoalkan tindakan Barisan Nasional (BN) yang memberikan alasan atau punca 4 wakil rakyat DAP keluar daripada parti.

Beliau yang juga setiausaha agung DAP berkata, BN seolah-olah memberikan alasan bagi pihak mereka, malah memetik kerjasama DAP dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan sebelum ini dengan PAS, yang tidak juga diucapkan oleh wakil rakyat, yang dilabel Lim sebagai “Geng 4”.

Lim berkata beliau akan berbincang bagaimana BN membuat kesimpulan berkenaan Dr Mahathir dan PAS pada pertemuan dengan pemimpin DAP negeri malam ini.

Pada Ahad, 4 wakil rakyat DAP dari Melaka mengumumkan keluar parti itu, berkata ia disebabkan kurangnya keyakinan terhadap Lim dan kerana “DAP menyimpang daripada matlamat asal parti itu”.

Wakil rakyat terbabit adalah Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him; Adun Bachang, Lim Jak Wong; Adun Kesidang, Chin Choon Seong dan Adun Duyong, Goh Leong San.

Sementara itu, Lim memberitahu ahli DAP tidak bimbang dengan ramalan BN yang lebih ramai akan keluar parti.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan pemimpin parti tidak memandang rendah 4 ahli DAP yang keluar kerana mereka kini menjadi ancaman melalui “dakwaan keterlaluan dan tidak masuk akal” mereka terhadap DAP.

“Apa yang membimbangkan ada beberapa orang yang tidak percaya BN rasuah, terdapat juga beberapa, termasuk dalam parti, percaya Geng 4 masih setia kepada DAP dengan meninggalkan parti,” kata Lim.

Lim juga mempersendakan dakwaan Sim yang beliau masih “setia” kepada parti tetapi hanya “tidak setia” kepada pucuk pimpinan parti.

Lim berkata jika hanya rasa ragu-ragu Sim adalah soal kepimpinan, beliau sepatutnya terus setia dan boleh menyuarakannya kepada ahli lain.

“Atau Sim hilang keyakinan bagi mendapat sokongan parti selepas kekalahan kumpulan beliau dalam pemilihan DAP Melaka pada 2015?

“Sekali lagi saya memohon maaf kerana mempercayai kesetiaan Sim dan Geng 4 kepada parti.

“Ia adalah satu kesilapan yang menyebabkan parti masih mencalonkan mereka kerana menang pilihan raya umum lepas dan menyebabkan DAP kehilangan seorang ahli Parlimen dan 3 kerusi Dewan Undangan Negeri.”

Sim, yang dianggap sebagai orang kuat pembangkang, memberitahu The Star beliau bukan seorang yang akan “kow tow” (tunduk) kepada kepada pemimpin yang lupa dengan matlamat asal mereka.

Beliau menggesa pengkritik bermuhasabah dan bertanya beliau mengapa “bercerai selepas 43 tahun berkahwin” dengan DAP.

Saya keluar selepas 43 tahun kerana DAP ada masalah, kata Sim

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.