NGO anjur forum ‘hudud’ menjelang Himpunan RUU 355

NGO anjur forum ‘hudud’ menjelang Himpunan RUU 355

Ia menyaksikan kumpulan yang menyokong dan menentang RUU 355 duduk sepentas dan menyuarakan pandangan masing-masing.

hudud1
KUALA LUMPUR: Menjelang “Himpunan RUU 355” anjuran PAS pada 18 Februari ini, sebuah badan bukan kerajaan mengambil inisiatif mengadakan forum menerangkan hubung kait undang-undang hudud dan sivil.

Forum anjuran Angkatan Amanah Merdeka Malaysia (AAMM) ini cuba merungkai kekeliruan berhubung isu pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.

Presiden AAMM, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata, ia juga untuk meraikan perbezaan pendapat serta mewujudkan peluang pandangan mengenai RUU 355.
hudud2

“Adalah diharapkan agar fokus ini dapat memberi pencerahan melalui penyampaian maklumat mengenai apakah RUU 355 dan kaitan hukum hudud dengan sistem perundangan sekular yang ada.

“Tidak dapat dinafikan sehingga kini masih tiada perbincangan ‘non-partisan’ secara terbuka mengenai cadangan kenaikan hukuman jenayah syariah yang mendadak itu, ramai orang memberitahu saya mengenai terdapatnya rasa curiga mengenai 2 sistem undang-undang jenayah berbeza yang dilaksanakan selari,” katanya semasa berucap pada majlis pembukaan forum di Dewan Persatuan Alumi Universiti Malaysia (UM), hari ini.

Katanya, menerusi forum “Sejauh Mana Anda Memahami Hudud”, ia diharap dapat menegakkan keraguan dan prangsangka sesetengah pihak terhadap RUU 355.

hudud3

Forum tersebut turut menyaksikan kumpulan yang menentang dan menyokong RUU 355 duduk sepentas bagi mendengar hujah dibawa ahli panel.

Antara panel forum, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainual Abidin, Profesor Undang-undang UiTM Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi dan Penyarah Sains Politik USM Profesor Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid.

Antara pemimpin yang hadir ialah, Presiden Pertibuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali; Ahli Parlimen Rompin (Barisan Nasional) Datuk Hassan Ariffinpeguam dan aktivis Siti Kasim; Pengerusi G25, Datuk Noor Farida Ariffin; Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad; pemimpin Amanah, Saari Sungib; dan Pemimpin Kumpulan Anti RUU 355 Azrul Mohd Khalib.

Forum lebih 3 jam itu dihadiri hampir 100 peserta daripada pelbagai latar belakang.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Himpunan RUU 355 bertujuan mempertahankan maruah Islam di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada Sabtu depan.

Himpunan RUU 355 untuk jaga maruah Islam, kata PAS

Peguam bidas RUU Akta 355, wacana bertukar panas

Perkasa suruh DAP ‘Cina buta’ jika nak rujuk PAS

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.