
Bahan hibrid daripada kaca-polimer itu hanya mempunyai ketebalan 50 mikrometer, iaitu sedikit tebal daripada kertas pembalut aluminium, dan boleh dihasilkan dengan murah, kata pengkaji dalam jurnal Science.
“Kami merasakan proses pembuatannya yang memakan kos rendah boleh menjadi transformasi kepada teknologi pengubahan tenaga yang ada di luar sana,” kata pengkaji Xiaobo Yin, yang mengajar di Universiti Colorado, Boulder.
Produk tersebut mampu menurunkan suhu bangunan dan objek lain di samping memanjangkan hayat.
Pengkaji mendapati bahan itu juga mampu menyejukkan sesuatu objek dengan cara melesapkan tenaga matahari ke dalam bentuk radiasi infra merah.
Dalam ujiannya, bahan itu dilihat mampu menjana kuasa penyejuk yang sama dengan jumlah elektrik dihasilkan sel solar, dan boleh terus menyamankan sesuatu ruang sepanjang siang dan malam.
“Kira-kira 10 hingga 20 meter persegi bahan sekiranya dipasang pada bumbung bileh menyejukkan sebuah rumah keluarga pada musim panas,” kata pengkaji bersama Gang Tan dari Jabatan Kejuruteraan Sivil dan Senibina di Universiti Wyoming.
Walaupun belum dipasarkan, pengkaji yakin bahan yang ringan dan mudah dibengkokkan itu boleh dikilangkan secara besar-besaran dengan mudah.