
Lim, yang pertama kali membangkitkan mengenai perbahasan, berkata beliau tidak sabar bertempur dengan Tengku Adnan dan malah bersedia untuk berdebat dengan beliau di Putrajaya.
“Saya tidak hebat, tidak sehebat beliau. Saya hanya seorang ketua menteri, bukan setiausaha agung Umno dan Barisan Nasional (BN).
“Beliau adalah seorang pemidato hebat. Saya hanya mahu mendengar hujah kuat beliau mengenai mengapa Pulau Pinang perlu dijadikan WP,” kata Lim di Mak Mandin hari ini.
Tengku Adnan atau lebih dikenali sebagai Ku Nan, masih belum memberi respons terhadap Lim atau FMT mengenai perbahasan itu.
Baru-baru ini, Tengku Adnan berkata beliau ingin menjadikan Langkawi, Pulau Pinang, beberapa bahagian Melaka dan Pulau Tioman sebagai Wilayah Persekutuan (WP).
Beliau berkata ini akan memastikan lebih banyak dana untuk pembangunan dan rumah untuk rakyat.
Lim tidak memandang ringan cadangan Tengku Adnan, berkata ia akan mengambil hak rakyat Pulau Pinang untuk mengundi wakil rakyat mereka.
Lim berkata jika Pulau Pinang bertukar menjadi WP, ia akan kehilangan Dewan Undangan Negeri, yang wujud sejak 1948.
Lim kemudian memulakan kempen “Saya Sayang Pulau Pinang” untuk menangkis percubaan menjadikan Pulau Pinang sebuah WP, yang disifatkan kempen “sayang lawan benci”.
Beliau berkata ia dilihat jalan belakang oleh BN untuk merampas negeri ini dengan mengubah status Pulau Pinang kepada WP.
BN kehilangan Pulau Pinang pada 2008 kepada pembangkang, yang kemudiannya meningkat majoriti pada pilihan raya umum 2013.