Bot karam: 6 mayat ditemui di perairan Indonesia

Bot karam: 6 mayat ditemui di perairan Indonesia

Pihak berkuasa Indonesia membawa 6 mayat terdiri daripada seorang lelaki dewasa, 2 wanita, termasuk seorang hamil dan 3 kanak-kanak lelaki ke Nunukan.

Fadil_Marsus
TAWAU:
Polis mengesahkan setakat 11 pagi tadi, 6 mayat dipercayai mangsa tragedi bot karam di perairan Batu Payung ditemui, kata ketua polis daerah Tawau.

Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, pihak berkuasa Indonesia menemui semua mayat itu di perairan Laut Sebatik, Indonesia di kawasan Sungai Taiwan dan sekitar Laut Karang Unaran.

“Menurut maklumat Konsulat Indonesia, mayat berkenaan terdiri daripada mayat seorang lelaki dewasa, 2 wanita, termasuk seorang hamil dan 3 kanak-kanak lelaki.

“Semua mayat dibawa pihak berkuasa Indonesia ke Nunukan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Fadil berkata, pihak berkuasa Malaysia dan Indonesia sedang mengesan 7 mangsa lain yang masih hilang.

Kelmarin, bot laju yang membawa 15 warga Indonesia termasuk juragan, karam dipercayai dipukul ombak besar kira-kira 5 hingga 10 minit selepas bertolak dari jeti Tinagat Batu Payung pada jam 5.30 petang ketika menuju Sungai Nyamuk Indonesia.

Dua penumpang bot tersebut bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke Pantai Batu Payung.

Suami isteri berenang 25 jam selepas bot karam ragut 15 nyawa

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.