Polis rakam percakapan Selva Kumar di KLIA, kata Khalid

Polis rakam percakapan Selva Kumar di KLIA, kata Khalid

Selva Kumar tidak perlu melaporkan diri di mana-mana balai polis dan dia bebas bergerak seperti rakyat Malaysia yang lain.

khalid-abu-bakar_selva-kumar_600new
KUALA LUMPUR:
Polis sudah merakam percakapan bekas banduan warganegara Malaysia, Selva Kumar Subbiah sejurus dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, lelaki berusia 56 tahun itu sudah memberi keterangan kepada pegawai polis di Balai Polis KLIA dan pihaknya akan memantau pergerakannya semasa berada di negara ini.

Selva Kumar yang selesai menjalani hukuman penjara 24 tahun di Toronto, Kanada, tiba di KLIA pada jam 7.30 pagi tadi dengan menaiki pesawat Qatar Airways dari Doha.

Ditanya adakah Selva Kumar bebas menetap di mana-mana tempat dalam negara ini kecuali Sabah, Khalid berkata “ya” semasa menjawab pertanyaan Bernama melalui aplikasi WhatsApp.

Kerajaan Sabah hari ini mengharamkan Selva Kumar memasuki negeri itu kerana dikhuatiri boleh mendatangkan ancaman kepada orang awam, khususnya wanita dan kanak-kanak.

Menurut Khalid, sebagai bekas banduan yang sudah bebas, Selva Kumar yang berasal dari Pulau Pinang, tidak perlu melaporkan diri di mana-mana balai polis dan dia bebas bergerak seperti rakyat Malaysia yang lain.

Katanya, pihaknya sudah memaklumkan kepulangan Selva Kumar kepada pihak berkuasa Kanada.

Selva Kumar dihukum penjara selama 24 tahun pada 1992, setelah didapati bersalah termasuk bagi 19 tuduhan serangan seksual.

Tempoh tahanan penjaranya tamat hujung bulan lepas.

Selva Kumar dilarang ke Sabah, kata ketua menteri

Selva Kumar pulang disambut ahli keluarga

Selva ‘benar-benar sudah insaf’, keluarga mahu bersihkan nama

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.