Bot karam: 3 disahkan mati

Bot karam: 3 disahkan mati

Semua mangsa disahkan pelancong warga China dan misi menyelamat diteruskan bagi mencari 6 yang masih hilang.

Ahmad-Puzi-Ab-Kahar--1
PETALING JAYA:
Tiga daripada 25 mangsa bot karam yang berjaya ditemui di perairan Sabah petang tadi, disahkan meninggal dunia.

Ini didedahkan dalam satu kenyataan dikeluarkan Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Maritim Datuk Seri Ahmad Puzi Ab Kahar.

Pihak berkuasa, mengesahkan ketiga-tiga yang terkorban adalah warga China walaupun spekulasi awal mengatakan seorang daripadanya adalah rakyat Malaysia.

Bot yang membawa 31 orang – 3 anak kapal Malaysia dan 28 pelancong China – hilang selepas ia meninggalkan Jeti Tanjung Aru, Kota Kinabalu menuju Pulau Mengalum pada pukul 9 pagi semalam, hari pertama Tahun Baru Cina.

Ia dilaporkan hilang oleh agensi pelancongan apabila tidak tiba selepas 12 jam.

Enam lagi masih hilang dan operasi pencarian sedang dijalankan, kata Puzi.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan sehingga semua yang menaiki bot ditemui.

“Saya dimaklumkan Pejabat Perdana Menteri kami akan menggunakan pesawat yang boleh bergerak dan mencari walaupun pada waktu malam.

“Dan saya meminta APMM mengambil Bombardier dan helikopter yang juga boleh mencari mangsa yang masih hilang malam ini,” katanya pada sidang media di lapangan terbang Sandakan di Sabah.

Bot hilang: 23 orang lagi ditemui selamat, 6 masih hilang

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.