
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman, 20, ditemui pasukan mencari dan menyelamat di gunung (Mosar) di Puncak 3 Bukit Broga pada 11.45 pagi tadi.
“Mangsa berada dalam keadaan stabil namun lemah. Beliau dibawa turun ke kaki Bukit Broga dan dihantar ke Hospital Kajang untuk pemeriksaan perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Azarul disedari hilang pada 6 petang Ahad lepas selepas mendaki bukit itu bersama-sama rakan-rakannya.