
Anda dapat melihat setiap masalah tiada lagi dalam fikirannya, sekurang-kurangnya pada ketika itu.
Menganggur dan tidak berumah, inilah kali pertama lelaki bernama Yong Yen Hoi itu menyambut Tahun Baru Cina tanpa keluarga.
“Saya masih belum bersedia bertemu keluarga. Mereka akan bertanya macam-macam dan saya tidak mahu dimarahi. Apatah lagi pada Tahun Baru Cina yang datang setahun sekali.
“Barangkali saya akan melawat mereka tahun depan,” kata bekas tukang masak itu kepada FMT.
Yong tidak keseorangan hari ini.
Beliau antara 200 yang hadir ke rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran NGO, Institut Onn Jaafar (IOJ) yang bertempat di Pusat Transit Gelandangan di sini.
Selain tarian singa – yang nampaknya memang menjadi kegemaran penonton kanak-kanak – hadirin turut dijamu santapan bufet yang disediakan Hotel Parkroyal Kuala Lumpur.
Pihak hotel dan IOJ turut mengagihkan “ang pow” kepada mereka.
IOJ adalah NGO kebajikan yang membantu golongan miskin dan tidak bernasib baik secara sukarela di kalangan pelajar universiti.
Acara hari ini dikendalikan 15 sukarelawan beberapa pelajar universiti yang meluangkan masa bersama-sama golongan gelendangan dan kurang bernasib baik yang lain.
Seorang daripada sukarelawan, Dina Hasbullah, pelajar jurusan perniagaan antarabangsa Universiti Kuala Lumpur (UniKL).
Dina memang memang sering terlibat dengan program seumpama ini dan dikenali para hadirin merupakan ganjaran paling istimewa.
“Apabila anda melihat mereka, terutama kanak-kanak, tersenyum gembira dan kenal anda, kepuasan pasti akan datang,” katanya lagi.