Mengapa Sabah perlukan pilihan raya kilat, soal Guan Eng

Mengapa Sabah perlukan pilihan raya kilat, soal Guan Eng

Setiausaha Agung DAP menyifatkan BN "hipokrit" kerana mengecam cadangan serupa di Pulau Pinang tahun lepas

FMT,-KL,-Malaysia,-Penang,-Lim-Guan-Eng,-Sabah,-snap-election,-Barisan-Nasional,-general-election,-GE14
BUTTERWORTH: Lim Guan Eng hari ini mempersoalkan kewajaran memanggil pilihan raya kilat di Sabah.

Setiausaha Agung DAP berkata Barisan Nasional (BN) perlu menjelaskan rancangan itu, memandangkan pilihan raya kilat hanya boleh dipanggil untuk kepentingan rakyat, bukannya bagi kepentingan politik atau peribadi.

“Saya terkejut BN ada rancangan untuk mengadakan pilihan raya kilat di Sabah. Mereka ada hak untuk berbuat demikian, tapi mengapa? Apa alasannya?

“Untuk menang lebih banyak kerusi? Itu kepentingan politik atau peribadi, bukan rakyat. Saya boleh terima kalau ada sebab penting seperti ancaman pengganas,” katanya pada sidang media di Majlis Perbandaran Seberang Prai, Bukit Mertajam hari ini.

Guan Eng mengulas laporan mengatakan Sabah mungkin mengadakan pilihan raya kilat seawal April.

The Star melaporkan sumber sebagai berkata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak membenarkan cadangan itu tetapi meminta laporan penilaian ke atas semua 60 kerusi DUN sebelum memberi kata putus.

Turut dilaporkan penganalisis percaya BN akan menang lebih banyak kerusi sekiranya pilihan raya negeri diadakan lebih awal daripada pilihan raya umum.

Guan Eng berkata BN mengamalkan dwi-standard kerana Pulau Pinang, yang ditadbir Pakatan Harapan, dikecam hebat kerana mahu mengadakan pilihan raya kilat.

“Kami nak tahu mengapa ada dwi-standard? Kami dihentam bila cadangkan pilihan raya diadakan di Pulau Pinang, tapi tiada masalah pula bila kamu yang mahu perkara sama.

“Hipokrit. Hitam boleh jadi putih, putih boleh jadi hitam,” katanya.

Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP, berdepan 2 pertuduhan rasuah pada Jun tahun lepas berhubung pembelian banglo di Pulau Pinang.

Oleh itu, pilihan raya kilat dicadangkan bagi menilai sentimen masyarakat terhadap kepimpinan Guan Eng dan kerajaan Pakatan Harapan.

Cadangan itu bagaimanapun tidak disokong PKR dan sesetengah pemimpin BN menganggap cadangan itu membazir.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.