Tiada ganjaran cari MH370, kata menteri

Tiada ganjaran cari MH370, kata menteri

Menteri pengangkutan memberitahu media di Australia kenyataan timbalannya minggu lepas adalah ‘pandangan peribadi’ dan rasmi daripada kerajaan.

liow
PETALING JAYA: Kerajaan Malaysia tidak akan memberi sebarang ganjaran bagi penemuan fiuslaj pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370, lapor ABC News Online hari ini.

Khamis lalu, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata Putrajaya terbuka kepada idea beberapa syarikat swasta yang boleh dipercayai meneruskan pencarian pesawat hilang, dan membayar ganjaran sekiranya syarikat itu berjaya mencari bangkai pesawat.

Bagaimanapun, di Fremantle, Australia Barat hari ini, Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Liow Tiong Lai menafikan sebarang keputusan mengenai pemberian ganjaran yang dibuat.

“Kerajaan belum membuat sebarang keputusan … ia adalah pandangan peribadi timbalan menteri, bukan kerajaan,” katanya menurut portal.

Liow dan rakan sejawatannya dari Australia, Darren Chester berada di dok Fremantle bagi melawat kapal carian Fugro Equator, yang menjalankan pencarian Boeing 777 yang hilang pada Mac 2014 dengan 239 orang di atas kapal.

Pencarian dalam air selama 3 tahun secara rasmi berakhir dengan dok kapal di Fremantle hari ini.

“Ini merupakan satu usaha pencarian luar biasa, ia melibatkan beberapa lautan yang paling ganas di dunia,” ABC News memetik Chester sebagai berkata.

Beliau menambah pencarian MH370 dengan teknologi terkini dan kepakaran saintifik, tetapi juga merupakan usaha berani manusia, kerana ia meliputi kawasan seluas 120,000 km persegi.

Walaupun sesetengah pakar percaya pesawat itu mungkin terletak di luar kawasan yang dicari, siasatan kini dilakukan dengan cara berbeza.

“Kerja akan diteruskan bagi analisis lanjut data dan jika terdapat mana-mana serpihan di masa hadapan, kami akan bekerjasama dengan rakan di Malaysia dalam menilai serpihan dan kerja juga sedang dijalankan dari segi analisis lanjut imej satelit,” kata Chester kepada ABC News.

Sementara itu, Liow mengucapkan terima kasih kepada anak kapal, kerajaan Australia dan China di atas bantuan A$200 juta (RM672 juta) bagi usaha mencari, di mana Australia menyumbang kira-kira A$60 juta.

“Ia adalah salah satu misi carian terbesar pernah dilakukan dalam sejarah penerbangan,” beliau dipetik sebagai berkata oleh ABC News.

Kira-kira 25 keping serpihan ditemui di sepanjang pantai selatan Afrika dan disahkan sebagai milik pesawat yang hilang.

Liow berkata kerajaan akan terus bekerjasama dengan negara di selatan Afrika dan pulau sekitarnya untuk mendapatkan semula lebih banyak serpihan dan menganalisis corak laut.

 

Malaysia offers reward for missing Flight MH370

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.