
Ketua Polis Miri, ACP Khoo Leng Huat berkata, kejadian itu berlaku pada 8 pagi semalam di sebuah kedai kopi di Sepupok Niah.
Beliau berkata, anak mangsa berusia 41 tahun membuat laporan polis dengan mendakwa bapanya disyaki menanam pisang di kebun milik seorang lagi petani tanpa kebenaran suspek.
Kebun mangsa dan suspek yang berumur 52 tahun itu dilapor terletak bersebelahan.
Khoo berkata, mangsa yang cedera akibat diserang dengan parang kini dirawat di Hospital Miri sementara suspek sudah ditahan.