Kes ikat budak di taska, 4 wanita direman

Kes ikat budak di taska, 4 wanita direman

Dua hari lepas, gambar kanak-kanak berkenaan yang diikat kaki dan tangan serta mulut mereka ditutup di sebuah taman asuhan kanak-kanak di Bangi tersebar di laman sosial.

Othman-Nanyan_kanak_wanita_600
KUALA LUMPUR:
Empat wanita yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes 3 kanak-kanak yang diikat dan dipercayai didera di sebuah taska di Bangi dekat sini ditahan reman sehingga esok.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata 4 wanita yang ditahan terdiri daripada 3 pekerja dan seorang pemilik taska berkenaan.

Dua hari lepas, gambar kanak-kanak berkenaan yang diikat kaki dan tangan serta mulut mereka ditutup di sebuah taman asuhan kanak-kanak di Bangi tersebar di laman sosial.

Tiga pekerja dan pemilik taska itu ditahan petang semalam.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan di hospital mendapati kanak-kanak terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata kes itu disiasat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera.

“Kami akan meneruskan siasatan dan menyelesaikan kes ini secepat mungkin,” katanya.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.