
Bercakap kepada FMT hari ini, pesalah mesti dipertanggungjawabkan mengikut peruntukan undang-undang walaupun mangsa bersetuju untuk menyelesaikan perkara itu secara baik.
“Saya pasti ramai seperti saya, mahu melihat keadilan ditegakkan,” katanya, sambil menambah tiada siapa berhak “dipukul begitu kejam” di atas kemalangan kecil.
Rakaman video kejadian itu tersebar luas sejak ia dimuat naik ke Internet. Dalam klip 2 minit itu, pemandu lori dilihat diserang lelaki berbaju hijau.
Tidak lama selepas itu, penyerang pertama disertai 4 yang lain dan mereka mula menendang pemandu sehingga terbaring di tanah.
Kejadian itu berlaku selepas lori terlanggar kereta Mercedez Benz ketika mengundurkan kenderaan yang dikatakan milik individu bergelar “Datuk”.
“Tidak kira mereka bekerja untuk siapa, mereka tidak mempunyai hak memukul sesiapa sahaja,” kata Karim, yang juga menteri perumahan Sarawak.
“Sesiapa yang melanggar undang-undang mesti berhadapan dengan tindakan undang-undang tanpa mengira status beliau.”
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Hamzah Alias berkata, suspek disiasat kerana merusuh.