4 wanita ditahan untuk kes ikat kanak-kanak di taska

4 wanita ditahan untuk kes ikat kanak-kanak di taska

Tiga wanita yang dipercayai pekerja taska dan seorang lagi wanita yang merupakan pengurus taska di Bandar Baru Bangi itu ditahan petang tadi.

Othman-Nanyan_kanak_wanita_600
KUALA LUMPUR:
Empat wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes 3 kanak-kanak diikat dan dipercayai didera di sebuah taska di Bangi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Othman Nanyan berkata, semua wanita berusia 24 hingga 46 tahun itu ditahan petang tadi.

“Tiga wanita dipercayai pekerja taska ditahan di taska itu di Bandar Baru Bangi pada pukul 4.20 petang tadi.

“Hasil siasatan lanjut, seorang lagi wanita berusia 46 tahun yang merupakan pengurus taska berkenaan, ditahan di sebuah pangsapuri di Bangi pada pukul 5 petang,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Semalam, gambar kanak-kanak berkenaan yang diikat kaki dan tangan serta mulut mereka ditutup di sebuah taman asuhan kanak-kanak di Bangi, tersebar di laman sosial.

Menurut Othman, kanak-kanak terbabit sudah menjalani pemeriksaan di hospital dan didapati tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.