Jakim: Ubah tarikh Awal Muharam kerana kesilapan teknikal

Jakim: Ubah tarikh Awal Muharam kerana kesilapan teknikal

Perubahan tarikh Awal Muharam kepada 22 September sudah disemak dan diperakukan Panel Pakar Falak Jakim.

awalmuhamram-hajiothman
KUALA LUMPUR: Perubahan tarikh Awal Muharam (Maal Hijrah) tahun ini, iaitu dari 21 September kepada Jumaat 22 September disemak dan diperakukan Panel Pakar Falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha berkata, perubahan itu dibuat selepas panel pakar itu mengesan kesilapan teknikal semasa meneliti semula data bulan Zulhijjah 1438H, pada awal tahun ini.

Othman membuat penjelasan itu melalui satu kenyataan hari ini merujuk kenyataan rasmi semalam oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri yang Jakim sudah dimaklumkan mengenai pindaan itu melalui surat bertarikh 9 Januari lalu.

Berikutan pindaan itu, jadual baharu Hari Kelepasan Am Persekutuan bagi 2017 diedarkan semula kepada umum.

Tarikh Awal Muharam diubah kepada 22 September

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.