Tarikh Awal Muharam diubah kepada 22 September

Tarikh Awal Muharam diubah kepada 22 September

Perubahan itu menyebabkan jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan bagi 2017 turut dipinda.

Awal-Muharam_islam_malaysia_600
KUALA LUMPUR:
Tarikh Awal Muharam (Maal Hijrah) bagi tahun ini diubah dari Khamis 21 Sept kepada Jumaat 22 Sept.

Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata perkara itu dimaklumkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam satu surat pada 9 Jan lepas.

Sehubungan itu, jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan bagi 2017 juga dipinda, menurut kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.