Dego Ride, ‘Uber motosikal’, tak terjejas jika kapcai diharamkan ke KL

Dego Ride, ‘Uber motosikal’, tak terjejas jika kapcai diharamkan ke KL

Bisnes tidak terjejas tapi larangan mungkin membawa lebih masalah.

Nabil-Feisal-Bamadhaj
PETALING JAYA: Cadangan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melarang “kapcai” memasuki pusat ibu kota dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon tidak menjejaskan operasi teksi motosikal dikenali Dego Ride.

Ini kerana operasi mereka tidak bertumpu di Kuala Lumpur sahaja dan prospek adalah lebih besar berdasarkan keluasan kawasan di Selangor dan Lembah Klang berbanding bandaraya Kuala Lumpur kata pengasas Dego Ride, Nabil Feisal Bamadhaj.

“Selangor merupakan prospek lebih besar dan sebab itu cadangan ini tidaklah memberi masalah sangat,” katanya kepada FMT.

“Namun apabila memikirkan secara mendalam, cadangan Menteri Wilayah Persekutuan itu tidak menyelesaikan masalah sebaliknya hanya memberi masalah-masalah baru.

“Jika motosikal tidak dibenarkan masuk, bagaimana dengan Pizza Hut, Domino’s Pizza? Benda-benda macam ini kita kena fikir. Bagaimana dengan penghantar-penghantar kad kredit, debit dan lain-lain?

“Kerana Ku Nan (Tengku Adnan) punya rancangan, kita kena guna pengangkutan awam atau teksi, maka ia mengambil masa lama dan mahal. Ia tidak menyelesaikan masalah, malah membebankan kita dengan lebih banyak masalah lain,” katanya.

Beliau tidak menolak bekerjasama dengan Kementerian Wilayah dan Persekutuan, dan kemungkinan penggunaan motosikal berkuasa eletrik atau pengangkutan alternatif dengan kos murah.

“Model perniagaan Dego Ride adalah ‘sharing’. Mungkin Tengku Adnan dan kementeriannya boleh izinkan ‘rider’ kami dalam kawasan kota pada waktu tertentu dengan lesen khas atau permit,” tambahnya.

Kenapa tak larang kenderaan besar masuk KL, soal Wan Junaidi

Kerajaan rancang larang ‘kapcai’ masuk KL

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.