
Ahli Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zuhdi yang mengesahkan perkara itu berkata Kamarol dikatakan ditemui oleh pegawai khasnya dalam keadaan tidak sedar, kira-kira jam 9 pagi.
“Tetapi punca kematian masih belum diketahui,” katanya kepada FMT ketika dihubungi, hari ini.
Kamarol, 59, bekas guru besar Sekolah Kebangsaan Seri Mawar, Sungai Air Tawar meninggalkan seorang balu, Rossimah Abbas yang juga seorang guru dan 4 anak.
Kerjaya politik beliau bermula selepas dilantik sebagai ahli jawatankuasa Umno Sabak Bernam pada 1981 dan pernah menjadi setiausaha BN DUN Sungai Air Tawar pada pilihan raya umum (PRU) 2004.
Pada PRU13, beliau bertanding kali pertama bagi kerusi DUN Sungai Air Tawar menentang calon PAS, Wahid Rais dan memenanginya dengan majoriti 1,416.
Beliau yang juga dikenali sebagai Cikgu Zaki adalah timbalan ketua Umno Bahagian Sabak Bernam dan ketua Umno Cawangan Sungai Air Tawar.
Beliau juga exco Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Adun BN Selangor dan pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Bernam Jaya.