Lagi remaja bahayakan diri panjat ‘Ipoh’

Lagi remaja bahayakan diri panjat ‘Ipoh’

Seorang remaja memuat naik gambarnya di Instagram berdiri di atas mercu tanda ‘Ipoh’.

panjat-ipoh-kerabu-pauh
PETALING JAYA:
Selepas sekumpulan anak muda memohon maaf kerana memanjat papan tanda gergasi “Ipoh”, baru-baru ini, muncul pula remaja lain yang memaparkan aksi serupa di media sosial.

Dikenali sebagai “kerabupauh” di Instagram, beliau berkenaan dilihat berdiri di atas atas huruf “P”, manakala yang lain adalah aksi beliau mengambil gambar diri sendiri menggunakan “selfie stick”.

Kedua-dua gambar diambil di atas mercu tanda Jalan Kuala Kangsar. Empat huruf itu dikatakan melebihi 100 meter, bersamaan ketinggian bangunan 30 hingga 40 tingkat.

Satu lagi gambar juga menggambarkan remaja berkenaan duduk di bawah papan tanda Taman Rekreasi Gunung Lang, yang hampir serupa dengan papan tanda “Ipoh”.

“Saya memohon maaf kerana hanya memakai selipar Jepun,” menurut kapsyen pada gambar itu.

Baru-baru ini, gambar dan video 8 remaja memanjat papan tanda yang sama menjadi tular di media sosial, termasuk di Instagram dan YouTube.

Kumpulan itu juga merakamkan diri mereka berbaring di buaian kanvas yang diikat pada kerangka keluli papan tanda itu.

Susulan itu, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengeluarkan kenyataan yang mengatakan ia tidak menerima sebarang permohonan untuk memanjat papan tanda.

Kumpulan itu kemudian menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kerana aksi mereka.

Kami minta maaf, kata remaja panjat ‘Ipoh’

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.