
PUTRAJAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengulangi cadangan agar PAS mengadakan perhimpunan berkaitan Rang Undang-undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 1965 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
“Dataran Merdeka kita tidak akan benarkan, tidak kira siapa. Saya sudah memberikan cadangan agar mereka (PAS) menggunakan Stadium Titiwangsa seperti yang dilakukan semasa Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya,” katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata, kementerian itu dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak mengamalkan sikap pilih kasih dalam melaksanakan larangan terhadap sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka.
DBKL sebelum ini melarang PAS menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan mereka.