

Adenan meninggal dunia selepas solat, kata isterinya Puan Sri Jamilah Anu, 61.
Pengunjung, Asri Sapiee berkata dalam laman Facebook hari ini menulis: “Datin Jamilah sentiasa setia bersama Tok Nan sepanjang karier beliau sebagai ahli politik, dan diketahui ramai Datin Jamilah sangat peramah dan ‘humble down to earth’ apabila bertemu dengan rakyat biasa.
“Beliau sangat mesra dengan semua orang sama seperti suami beliau, sehingga semua orang senang dan merasa dihargai apabila bersama dengan beliau.”
Asri bertemua Jamilah semasa membawa bapa mertuanya melawat kubur Adenan yang secara kebetulan turut berada di sana.
“Kasih dan cinta Datin Jamilah terhadap Tok Nan, akan tetap segar dalam ingatan beliau.,” katanya.