
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dalam surat rasmi kerajaan negeri bertarikh 28 Disember lalu berkata pelantikan itu mendapat perkenan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.
“Sehubungan itu, gelaran yang diperkenan baginda bagi urusan rasmi ialah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah,” katanya.
Surat rasmi berkenaan diedarkan kepada media semalam.
Surat itu juga diedarkan kepada semua ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri, Adun, ahli Parlimen Pahang, ketua jabatan negeri dan persekutuan, pegawai daerah serta ketua badan berkanun negeri dan persekutuan di Pahang.