
Sekutu gerakan Nahdlatul Ulama (NU), pertubuhan kemasyarakatan Pemuda Gerakan Ansor (GP Ansor) berkata pengisytiharaan itu tidak berasas.
“Itu mengada-ada, kerana Islam tidak mengenal konsep imam besar. Apa itu imam besar?,” kata ketua pimpinan pusat Yaqut Cholil Qoumas semalam, lapor Jakarta Globe.
“Imam besar ini mau mengimami apa? Mengimami umat Islam, umat Islam yang mana? Umat Islam tidak mahu diimami oleh dia. Jadi kami tolak pelantikan itu,” katanya.
Cawangan GP Ansor di Banten dan Batam turut mencemuh idea Rizieq yang mahu menjadi pemimpin mereka. Menurut mereka, pengisytiharaan itu berbaur kepentingan politik.
Sementara itu, Pengerusi GP Ansor Cawangan Manado, Rusli Umar berkata, “Kami merasa (orang Islam) tidak perlu ada imam besar di republik ini.”
Katakan tidak pada imam besar Islam
Bantahan yang sama disuarakkan Majlis Ulama Indonesia (MUI) Cawangan Banten.
“MUI Banten secara tegas menolak pengisytiharaan imam besar ini, kami juga menyeru kepada umat Islam agar jangan terikut mengiktirafnya,” kata pengerusi A M Romli.
Di Yogyakarta, cawangan salah satu pertubuhan Islam terbesar di Indonesia, NU, juga menolak pengisytiharaan Rizieq itu.
“Apakah (Rizieq) memenuhi kriteria tersebut?” kata pengerusi Nizar Ali Nizar kelmarin.
Dua sekolah agama berasrama penuh di Yogyakarta, Pondok Pesantren Sunan Kalijogo Gesikan di Bantul dan Assalaffiyah Mlangi di Sleman juga menolak pengisytiharaan itu.
Laporan polis terhadap ugamawan batu api
Di Kalimantan Timur, pertubuhan pemuda dan siswa mengisytiharkan penentangan terhadap FPI, yang dilihat sebagai kumpulan anarki.
Angkatan Pemuda-Pemudi Muslim Balikpapan (APPMB) mahu datuk bandar Balikpapan mengharamkan FPI dan sekutunya, Gerakan Nasional Pengawal Fatwa Majlis Ulama Indonesia (GNPF-MUI), daripada menjalankan aktiviti di bandar itu disebabkan pendirian anti-kepelbagaian mereka.
Di Jawa Barat, beberapa pertubuhan tempatan menuduh Rizieq menghina budaya Sunda. Agamawan itu didakwa sengaja mengubah sebutan Sunda “sampurasun” (hello) kepada “campur racun”.
Rizieq pernah dan sedang menghadapi banyak laporan polis terhadapnya.
Pemimpin FPI itu menghadapi tuduhan berkomplot terhadap kerajaan, memfitnah, kekufuran dan ucapan berbaur kebencian.
Baru-baru ini, ucapan viral beliau dilaporkan ke polis Jakarta, di mana beliau didakwa mengatakan wang kertas rupiah baharu memaparkan simbol tukul dan sabit yang menyerupai logo parti haram, Parti Komunis Indonesia (PKI).
Rizieq tidak risau menghadapi tindakan undang-undang, kerana menurutnya sekadar menyuarakan “kebimbangan umum”.
Beberapa pertubuhan pemantau dan pakar menyeru polis menyegerakan siasatan terhadap pemimpin FPI itu.