Kanak-kanak perempuan hilang ditemui selamat

Kanak-kanak perempuan hilang ditemui selamat

Setelah ibu tiri lapor hilang, Hamsa ditemui bersama ibu kandung

Hamsa-Vharshallinee
PETALING JAYA: Kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun Hamsa Vharshallinee yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Taman Desaria di sini telah ditemui selamat, kata polis Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Mohd Zani Che Din berkata Hamsa telah ditemui selamat di Kuala Kubu Bharu bersama ibu kandungnya 1 jam selepas laporan itu telah dibuat.

Laporan polis itu dibuat oleh ibu tiri Hamsa selepas kanak-kanak itu didapati hilang dari rumah datuk dan neneknya di Taman Desaria pada pukul 9.38 malam.

Hamsa dikatakan telah pergi ke kedai berdekatan untuk membeli ais krim dan kek pada kira-kira pukul 3.30 petang.

Dia kembali ke rumah selepas itu dan kemudian didapati hilang.

Seorang jiran keluarga Hamsa mengatakan kanak-kanak itu kelihatan berjalan kaki dengan seorang wanita namun tidak ketahuan destinasi mereka selepas itu.

Mohd Zani kata ibu kandung Hamsa juga telah membuat laporan mengenai perkara itu.

Beliau berkata polis sedang menyiasat kes itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.