
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan dalam satu kenyataan berkata, 3 sekolah ditutup di Tumpat, manakala 2 lagi di Pasir Mas.
Sekolah yang ditutup di Tumpat ialah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Nurul Huda Kajang Sebidang, Sekolah Kebangsaan (SK) Simpangan dan SK Bendang Pa’ Yong, manakala di Pasir Mas ialah SABK Al Falah Siram dan SK Bakong.
Penutupan sekolah terbabit sama ada laluan ke sekolah masih ditenggelami air dan berbahaya kepada murid serta guru, sekolah masih dinaiki air atau dijadikan pusat pemindahan.
Di Terengganu, hanya 2 sekolah rendah akan ditutup esok kerana dijadikan pusat pemindahan sementara mangsa banjir.
Pengarah JPN Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata, sekolah itu ialah SK Bukit Guntong dan SK Kampung Gemuroh di Kuala Nerus.
“Penutupan 2 sekolah itu melibatkan 765 murid, 66 guru dan 12 kakitangan lain,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.