
“Rakyat boleh menilai sendiri. Mungkin mereka yang duduk di atas kerusi empuk tidak merasainya.
“Tetapi kos sara hidup yang meningkat menjadi kesukaran dihadapi orang ramai ketika ini,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.
Irwan berkata ekonomi negara hari ini mencatatkan prestasi baik dengan pertumbuhan tahunan dijangka sebanyak 4.5% hingga 5%.
Apabila ditanya mengenai mengapa terdapat aduan mengenai kos sara hidup yang tinggi jika memang ekonomi berada dalam keadaan baik, Irwan berkata ia disebabkan gambaran negatif dimainkan media alternatif.
Bagaimanapun, ia tidak dipersetujui Nurul Izzah dan berkata sementara terdapat beberapa golongan yang mampu bercuti di Perth, Australia, yang lain terpaksa bekerja walaupun semasa sambutan Tahun Baru.
“Tanyalah kepada mana-mana pakar ekonomi, semua akan mengatakan kita sedang berhadapan situasi ekonomi yang bermasalah.
“Saya fikir ia lebih baik untuk kita menjadi orang yang jujur kepada rakyat, walaupun anda menyokong kerajaan. Ia supaya rakyat boleh mempersiapkan diri terhadap sebarang kemungkinan,” kata Nurul Izzah.
Apabila ditanya mengenai perbincangan mengenai pembahagian kerusi, beliau berkata PKR menubuhkan jawatankuasa yang akan melihat setiap calon untuk menilai kelayakan mereka bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Jawatankuasa itu juga sedang mengkaji semula prestasi wakil rakyat sedia ada, katanya.
“Akhirnya, kita akan menghayati dan menghargai kepercayaan rakyat kepada kita.
“Dan kami memahami pilihan raya umum akan datang akan menjadi paling kotor, mencabar dan berisiko bagi pembangkang.
“Oleh itu, isu pencalonan sangat penting bagi memenangi sokongan dan kepercayaan pengundi.”
‘Bunyi-bunyian’ negatif jejaskan ekonomi, kata Perbendaharaan