Firma Parker Randall dilantik juruaudit 1MDB

Firma Parker Randall dilantik juruaudit 1MDB

Firma audit antarabangsa itu sedang menyiasat beberapa anak syarikat 1MDB, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Irwan Serigar Abdullah

1mdb-parker
PUTRAJAYA:
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah hari ini berkata firma audit Parker Randall dilantik juruaudit baharu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada 1MDB ada melantik juruaudit baharu, di sidang media berkenaan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di sini hari ini.

Beliau memaklumkan Parker Randall sedang mengaudit beberapa anak syarikat 1MDB.

Ditanya bila laporan itu akan diterbitkan, Irwan berkata: “Audit sedang berjalan. Kita tunggu laporan mereka.”

Syarikat audit antarabangsa itu merupakan juruaudit keempat yang dilantik 1MDB, selepas Ernst & Young, KPMG dan Deloitte, sejak ditubuhkan pada 2009.

Menurut laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara 2016, 1MDB menukar juruaudit beberapa kali kerana berbagai pendapat mengenai pelaburan dan asetnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.