
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki berkata individu bergelar “Datuk” yang berusia 59 tahun itu ditahan bersama seorang lagi lelaki berusia 29 tahun pada jam 8 pagi tadi dan dibawa ke Putrajaya untuk disiasat.
“Lelaki berusia 29 tahun dipercayai berperanan menerima serta menyimpan wang hasil rasuah daripada kontraktor, pembekal dan vendor yang mempunyai kepentingan dengan KSU terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kata Azam, SPRM turut merampas jongkong emas dan wang tunai yang dianggarkan bernilai kita-kira RM3 juta.
Bagaimanapun, Azam tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai identiti KSU berkenaan.