Fauzi Ayob ganti Kamil Othman ketuai Finas

Fauzi Ayob ganti Kamil Othman ketuai Finas

Fauzi yang sebelum ini memegang jawatan timbalan ketua pengarah (pengurusan) Finas dilantik secara kontrak selama setahun.

Fauzi-Ayob-finas
KUALA LUMPUR: Datuk Fauzi Ayob dilantik sebagai ketua pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang baharu, berkuat kuasa 1 Januari ini.

Finas dalam kenyataan hari ini berkata, pelantikan secara kontrak selama setahun itu diumumkan Pengerusi Finas, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib pada majlis penyampaian Cek Insentif Filem Cereka di Pawagam Mini P Ramlee, Hulu Kelang.

Fauzi yang sebelum ini memegang jawatan sebagai timbalan ketua pengarah (pengurusan) Finas menggantikan ketua pengarah sebelum ini, Datuk Kamil Othman yang menamatkan kontrak pada November lalu.

Pada majlis sama, turut diumumkan pelantikan Azmir Saifuddin Mutalib sebagai timbalan ketua pengarah Finas mulai bulan depan.

Sebelum ini, beliau memegang jawatan pengarah kanan bahagian komersial Finas.

Kedua-duanya dilantik Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Pengamal filem mahu Kamil terus terajui Finas

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.